top of page

Fuh Merecik! adidas Predator 18 -Video promo oleh pemain tempatan bersama Lagenda adidas Predator

Selepas 12 tahun, but ikonik adidas iaitu Predator membuat penampilan semula melalui adidas Predator 18 yang telah dilancarkan secara rasminya di negara ini dalam satu majlis penuh class di Football Republic, KLCC bulan lepas.


But Predator adalah antara rangkaian but bola sepak yang menghasilkan kejayaan besar buat adidas sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan selama 21 tahun ianya telahpun direka dengan 18 model yang berbeza.

Maka tidak hairanlah, adidas Predator menjadi pilihan legenda-legenda bola sepak dunia seperti David Beckham, Zinedine Zidane, Steven Gerrard dan ramai lagi pada satu ketika dahulu.


Predator 18 didatangkan dengan warna hitam, merah dan emas termasuk Primeknit SOCKFIT COLLAR yang dikemaskini, direka bentuk secara semulajadi untuk menampung serta memastikan sokongan terhadap bentuk kaki. Sistem PURECUT LACELESS pula memastikan kawalan permukaan maksimum sementara FORGED KNIT memberikan sokongan kepada struktur pertengahan kaki dalam membuat kestabilan untuk menyokong pergerakan yang kompleks.


Kemunculan kali kedua Predator menyaksikan pemain seperti Paul Pogba, Dele Alli, Ivan Rakitic dan Mesut Ozil akan menggunakan but ini di atas padang. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai adidas dan Football Republic di seluruh negara.


Sila layari adidas.com/football atau ikuti @adidasfootball dan #adidasMY di Instagram untuk sebarang maklumat berkaitan.


TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page