top of page

Sekitar Malam Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-6 Shuib & Siti Sarah


Majlis persandingan Shuib & Siti Sarah selepas 6 tahun bernikah berlangsung dengan cukup meriah sekali. Dengan pakaian rekaan khas dari Arma Couture, langkah pertama kedua pasangan pengantin ini disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin yang hadir ke majlis tersebut.

Janji yang dibuat Shuib kepada Sarah 6 tahun lepas untuk mengadakan majlis persandingan mereka tercapai juga akhirnya. Tanpa berselindung, Shuib kelihatan sebak & terharu semasa menyampaikan ucapannya kepada Sarah & para hadirin yang hadir.

Beberapa kejutan juga telah dirancang oleh Shuib sebagai tanda penghargaan terhadap isterinya. Beliau menyanyikan sebuah lagu yang cukup romantis dan kemudiannya menghadiahkan sebentuk cincin kepada Siti Sarah.

Majlis ini turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Jep Sepahtu & Sari Yanti, Gmie Screen, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Datuk Yusof Haslam, Dato Fadzilah Kamsah, dan ramai lagi. Apa yang menariknya mengenai majlis ini, pengacara majlis iaitu Rahim Sepahtu & Sharifah Shahirah telah berjaya membuatkan suasana di Bora Ombak Marina Putrajaya ini hidup dengan telatah mereka.

Selain itu, pengantin baru iaitu Jep Sepahtu turut membuat persembahan bersama-sama Angah Raja Lawak. Pelamin yang tersergam indah yang bertemakan Ungu & Hitam adalah hasil rekaan sepenuhnya oleh Adi Putra Decor. Bagi gambar-gambar sepanjang majlis, Dahlia Production telah diberikan kepercayaan untuk mengabadikan kenangan indah ini.

Para tetamu yang hadir pada majlis ini turut berkesempatan untuk membawa balik terus gambar mereka yang diambil di photobooth AwesomeKlicks & Papa Backdrop. Majlis ini juga turut mendapat liputan dari Sinar.FM, hLive, Melodi & beberapa rakan media lagi.

Saya bagi pihak Readlex.com ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana dijemput ke majlis yang cukup bermakna ini. Akhir kata, Selamat Pengantin Baru Semula Shuib & Sarah!! Semoga perkahwinan Shuib & Sarah kekal hingga ke Syurga!!

Kredit Gambar : Dahlia Production

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page