Viper Challenge - Lebih 10 Ribu Banjiri Pulau Pinang, Selepas Ini Giliran Johor !
Siri Viper Challenge yang dikenali sebagai acara lari melepasi halangan terbesar di Asia kembali sekali lagi ke Malaysia dengan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad menjadi penaja utama untuk tahun kedua yang berlangsung di Pulau Pinang.
Edisi sulung di Stadium Batu Kawan ini meliputi jarak 7km dengan 15 halangan, yang direka untuk menguji kecergasan fizikal, mental, dan stamina semua peserta. Viper Arena Great Eastern Pulau Pinang mendapat sambutan hangat dengan lebih 11,000 tiket terjual dan disertai hampir 3,500 peserta antarabangsa.
Acara bermula pada pukul 6.00pm dengan peserta Elite memulakan cabaran mereka melalui halangan “adrenaline-pumping” sebelum kumpulan seterusnya, iaitu pengurusan dan kakitangan Great Eastern Life Assurance serta para ejen. Peserta yang dilepaskan dalam bentuk kumpulan dikenali “wave” setiap 30 minit hingga kumpulan terakhir pada 3.30am.
Great Eastern Viper Arena adalah yang pertama daripada lima siri Viper Challenge di Malaysia yang turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng yang melepaskan peserta pada 8.00pm bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd, YBhg Dato Koh Yaw Hui, Pengurus Besar Malaysia Major Events, En. Tony Nagamaiah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pelancongan Global Pulau Pinang, En. Ooi Chok Yan.
Sejak edisi pertama pada tahun 2013, Viper Challenge disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Sejak itu, ia semakin popular dan dengan lebih banyak acara yang diperkenalkan setiap tahun, tidak hairanlah bahawa kini acara ini mempunyai lebih daripada 120,000 peminat yang mengambil bahagian di dalam negara dan juga antarabangsa.
"Kami mendapat sambutan yang menggalakkan bagi Viper Challenge yang diadakan di sini, di Pulau Pinang dan kerana ini adalah kali pertama kami di sini, sokongan daripada semua pihak khususnya orang ramai sangat mengagumkan. Kami sentiasa melakukan inovasi dan meningkatkan halangan untuk terus menguji dan mencabar keupayaan peserta. Viper Challenge adalah unik kerana setiap siri menimbulkan kelainan dalam tema dan konsep,” kata Selva Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Original Bootcamp Sdn Bhd.
Acara ini adalah unik kerana ia memerlukan kerjasama berpasukan, disiplin dan empati. Walaupun ia tidak dianggap sebagai satu perlumbaan, ia adalah penting bagi peserta untuk bekerja bersama-sama dalam misi mengatasi segala rintangan sebelum mereka mendapat pingat finisher untuk yang menghabiskan perlumbaan dan juga t-shirt.
Berkongsi kegembiraan selepas melengkapkan 15 halangan dan mendapatkan pingat finisher adalah Balaraj Krishnan yang berusia 39 tahun berasal dari Kulim, Kedah. Dia telah mengambil bahagian buat kali pertama dalam siri Viper Challenge setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan kerjanya.
"Saya amat gembira telah melengkapkan semua halangan hari ini dan saya juga mempunyai 21 rakan-rakan yang saling membantu antara satu sama lain sehingga garisan penamat tanpa meninggalkan sesiapa di belakang. Kami mengambil masa 75 minit untuk menamatkan jarak 7km, kami menikmati setiap cabaran dalam acara ini, "kata Balaraj.
Seorang lagi peserta, Steven Ang yang berusia 33 tahun, mengakui keterujaannya terhadap Viper Challenge apabila kali ini adalah kali ketiga dia mengambil bahagian dalam siri Viper Challenge. Steven berkata dia mahu melengkapkan pingat Siri Finisher.
"Saya mempunyai masa yang baik hari ini dengan kawan-kawan saya kerana kami sampai ke garisan penamat bersama-sama selepas melengkapkan segala rintangan. Ia adalah menyeronokkan tetapi pada masa yang sama lebih mencabar daripada edisi sebelumnya dan kini kami tidak sabar-sabar untuk siri seterusnya di Johor, "katanya yang berasal dari Pulau Pinang, juga merupakan penceramah hartanah.
Viper Challenge mempunyai pelbagai format kepada orang ramai dan juga beberapa peserta elit. Peserta dikehendaki untuk melengkapkan mana-mana tiga daripada lima siri – peringkat kelayakan (Singapura, Pulau Pinang dan Johor) atau acara peringkat pertengahan (Genting Highlands, Shah Alam) sebelum membuat perjalanan ke peringkat akhir, Great Eastern Viper Challenge.
Great Eastern Viper Challenge 2017 dibawakan oleh Great Eastern Life sebagai sebahagian daripada Program LIVE GREAT mereka, iaitu program kesihatan bersepadu yang pertama oleh syarikat insurans di rantau ini.
Peminat tidak perlu bimbang jika mereka terlepas edisi Viper Challenge di Pulau Pinang kerana selepas ini ia akan diteruskan pula di Medini, Johor pada 30 April 2017 dan kemudian ke Genting Highland pada 15 Julai 2017.
Lupakan rasa takut, jadikan ia sesuatu yang mengujakan!