Dato' Aliff Syukri Dikecam Kurung Kucing Dalam Tandas
- Noah Ahmad
- Jun 13, 2017
- 1 min read

Selepas sehari Dato' Aliff Syukri memuatnaik iklan untuk menjual Kucing Ajaib nya dengan harga RM50,000, timbul pula kontrovesi terbaru dimana netizen mengecam tindakan Dato' Aliff Syukri mengurung kucing Serval nya didalam tandas.

Dalam paparan yang dimuatnaik oleh saudara Khairul Azri, dia kesal dengan tindakan Dato' Aliff mengurung seekor kucing paling berharga didunia. Dia juga turut menambah, tindakan Dato' Aliff yang menjadikan alasan tidak dapat menjinakkan kucing tersebut sebagai salah satu helah mendapatkan simpati netizen dan juga menghalalkan tindakannya mengurung kucing terbabit didalam tandas.

Untuk pengetahuan semua, Kucing Serval merupakan salah satu kucing liar yang paling sukar untuk dijinakkan. Hal ini kerana habitat asal Kucing Serval di kawasan berair di gurun Savannah menjadikan kucing tersebut sebagai salah satu haiwan pemangsa.
Kami dari pihak Readlex berpendapat, ada baiknya Dato Aliff Syukri menyerahkan kucing tersebut kepada pihak zoo sebagai salah satu usaha amal dan kucing tersebut dapat dijaga oleh pihak zoo berkenaan.
Dengan harga sekitar RM50,000, kami merasakan agak sukar untuk kucing tersebut terjual dan makin lama kucing tersebut dibawah jagaannya akan lebih banyak kecaman diterima dari pihak netizen.
Sumber : Khairul Azri
Comentarios