top of page

Ridiculous Obstacle Challenge Sedia Gegar Forest City 25 November ini!

KUALA LUMPUR, 21 November 2017 – Forest City yang terletak di Johor, bakal menjadi tuan rumah kepada 7,000 orang penggemar larian merentasi halangan kerana Perlumbaan Ridiculous Obstacle Challenge (R.O.C) – yang terbesar di dunia akan singgah ke bandar ini pada 25 November nanti.

Sebagai contoh utama kepada bandar-bandar masa hadapan, Forest City menawarkan pemandangan yang menakjubkan serta persekitaran yang tenang, ia pasti akan menarik minat orang ramai terutamanya para peserta Perlumbaan R.O.C dimana mereka akan melengkapkan 10 jenis halangan disepanjang laluan dan berjalan kaki sejauh 5km.

Berasal dari Amerika Syarikat, Perlumbaan R.O.C merupakan sebuah game show pertama yang bertemakan larian berhalangan dan ia juga akan menampilkan beberapa halangan seperti ‘Wrecking Balls’, ‘Sweeper’, ‘Jump Balls’, dan ‘The Hippo’ – gelongsor air dengan ketinggian empat tingkat.

“Perlumbaan ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali bandar ini dengan lebih dekat, kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia dimana hortikultur yang melindungi permukaan bangunan akan mewujudkan suasana seperti persekitaran rimba.” ujar Datuk Md Othman Yusof, Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd.

Dengan Malaysia Major Events, salah satu divisyen dari Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) iaitu satu agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) menyatakan sokongan mereka kepada Perlumbaan R.O.C, sudah tentulah ianya bersedia untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dengan menguji para peserta. Pada masa yang sama, program ini juga turut mempromosikan industri pelancongan di negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia ini.

“Pelumbaan R.O.C bakal memberikan satu pengalaman baru kepada acara berhalangan di Asia dan Malaysia terutamanya dengan permintaan untuk acara halangan semakin meningkat setiap tahun. Ia merupakan sebuah pengalaman yang bagus dan menyeronokkan melalui penyertaan dalam perlumbaan ini dan tentulah kami ingin berkongsi dengan semua orang”, kata David Wright, Pengasas ROC.

Selepas berjaya di lebih 21 bandar ketika jelajah A.S 2015 dan jelajah Australia 2016, Perlumbaan R.O,C telah bergabung dengan penerbit rancangan TV sensasi ‘Wipeout’ dan ini menjadikan ia semakin popular selepas edisi pertama pada tahun 2011.

Penyertaan untuk Perlumbaan R.O.C adalah dibuka untuk peserta berumur 10 tahun dan ke atas. Para peserta juga bebas untuk memilih waktu pelepasan dengan beberapa pakej yang boleh dipilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran, log masuk ke https://www.rocrace.my/


TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page