top of page

adidas Tango League Beri Ruang Pemain Muda Pamer Kehebatan

Tot United A menunjukkan kehebatan dan skill sebenar mereka dalam kerancakan adidas Tango League apabila muncul juara kejohanan itu di Makespace, Quill City Mall semalam.


Dengan jumlah penyertaan sebanyak lapan pasukan secara keseluruhan, Tot United A menjadi juara selepas mudah membenam One United dalam perlawanan akhir dengan keputusan 7-2.


Sebelum itu, mereka terlebih dahulu menang ke atas Cyber FC dengan keputusan 7-4 pada peringkat suku akhir serta mengatasi YSFC 4-2 di separuh akhir.


Tango League bukanlah seperti kejohanan futsal biasa tetapi ianya adalah satu platform untuk pemain muda berbakat merasai sendiri suasana seakan-akan pemain professional yang beraksi. Malahan, semua pemain yang beraksi turut diberikan peralatan lengkap adidas seperti kasut futsal, seluar dan jersi.



Liga ini memberikan peluang kepada pemain amatur menyerlahkan bakat mereka dengan memperagakan aksi seolah-olah idola terkenal sama seperti edisi yang berlangsung di Bangkok, Paris, London dan Berlin sebelum ini.


Bagi pemain kebangsaan yang juga pemain tajaan adidas, Khairul Helmi berpendapat Tango League perlu diadakan secara tahunan kerana ianya adalah satu aktiviti yang positif terutamanya kepada golongan muda.




“Bagi saya Tango League ini adalah satu aktiviti yang sangat bagus kepada golongan remaja. Bukan sahaja permainan bola sepak, malahan ada aktiviti lain seperti permainan FIFA 2017 Playstation 4, jadi mereka dapat mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti yang sihat seperti ini,” kata Khairul yang juga pemain pasukan Kedah.


Seorang lagi pemain kebangsaan di bawah tajaan adidas yang turut hadir, Shahrom Kalam juga memandang positif liga anjuran jenama sukan nombor satu dunia ini.


Shahrom berkata, “Sebenarnya Tango League adalah satu ruang kepada pemain muda untuk mempamerkan bakat mereka yang terpendam. Saya nampak ramai pemain muda yang menonjol tadi, jadi adidas selaku jenama terkenal mungkin boleh selalu menganjurkan kejohanan seperti ini untuk generasi muda,” ujar Shahrom dari pasukan Perak.


Mohd Shahril Anuar dari TOT United A dinugerahkan selaku pemain Pemain Paling Bernilai sekaligus pulang bersama adidas boot deal yang ditaja sepenuhnya oleh jenama

ini. Anugerah itu dipilih sendiri oleh Khairul Helmi dan Shahrom Kalam sendiri selaku juri dari kalangan pemain bola sepak profesional tajaan adidas.


RM5,000 hadiah wang tunai dihadiahkan kepada pasukan yang dinobatkan sebagai juara manakala naib juara pula akan menerima RM3,000. Selain Tango League, para pengunjung juga berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti lain yang disediakan seperti perlawanan game FIFA 2017 Playstation 4, aktiviti di booth Tango Pro Live Instagram dan lain-lain lagi.

Keputusan penuh:

Suku akhir:

One United 3-1 Red Galacticos

Hang FC 6-3 Own Goal

TOT United A 7-4 Cyber FC

YSFC 3-0 TOT United B

Separuh Akhir:

One United 4-3 Hang FC

TOT United A 4-2 YSFC

Akhir:

One United 2-7 TOT United A


TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page