top of page

Ultra Marathon 16 Jam Yang Gila

  • Hakimy Jury
  • Mar 24, 2017
  • 4 min read

Ariff Iskandar merupakan salah seorang sahabat saya yang boleh dikatakan obses dan taksub dengan larian dan marathon.

Saya masih ingat lagi pagi sebelum majlis pernikahannya, sahabat saya ini boleh berlari beberapa kilometer demi menjaga stamina dan momentum lariannya.

Bulan Januari lalu, telah berlangsungnya salah satu acara larian dalam category X-hour Race (Ultra Marathon) iaitu Watergate 16 Hours. Peserta perlu berlari selama 16 jam dan jarak larian akan dicatatkan untuk mengetahui kedudukan peserta.

Dibawah merupakan catatan pengalamannya yang pertama kali menyertai Ultra Marathon ini.

Memandangkan ini acara pertama ultra marathon aku, memang aku boleh gambarkan yang acara larian ni paling tak masuk akal. Orang lain yang sertai acara Ultra Marathon ni mungkin dah berpengalaman sekurang-kurangnya tiga atau empat kali lari Full Marathon (FM) sebelum sertai Ultra Marathon (Ultra).

Tapi aku ni baru setahun jagung. Kalau tanam jagung tu pun mungkin tak sempat lagi nak berbuah dah sertai UM. Padanlah orang lain cakap pelari Ultra Marathon ni gila. YA! memang gila, sebab berlari Ultra ni dah macam membunuh diri. Sama je macam orang yang nak menoreh nadi di tangannya menggunakan pisau. Haha.

Mental pelari Ultra tak sama dengan orang lain, sedikit pun tak sama dengan mental pelari FM. Dorang ni tak cepat mengalah, padahal badan memang dah tak boleh nak teruskan. Ikutkan pelan asal aku sebagai pelari sebelum berlari Watergate ni, aku cuma niat nak lari 50 kilometer sahaja. Sebab 4 bulan punya pelan latihan aku hanya bersandarkan dekat latihan yang 50 kilometer tadi.

Dalam pelan latihan tu ada kena buat Long Slow Distance (LSD) Full Marathon pun aku tak pernah ikut atas dasar time constraint. Family guy la katakan. Haha.

Paling jauh LSD pun cuma 30 kilometer. Aku tak nak lah kata "30k JE!" Kang ada pula yang bash aku walaupun 30 kilometer dikira masih tidak mencukupi untuk sertai Ultra Marathon.

Tapi untuk mencabar diri sendiri, aku cuba target 80 kilometer untuk acara Watergate ni. Orang kata biar target tu tinggi supaya bila lari lepas 50 kilometer tak adalah aku malas lari.

Tapi sebenarnya 80 kilometer tu tak masuk akal dan tak padan dengan training aku langsung. Nak buat 80 kilometer kadar kesusahannya bersamaan 4 atau 5 kali ganda lagi susah dari lari 42k. Sebab kau bukannya sempat nak tidur atau rehat lama-lama dalam tempoh beberapa jam. Hakikatnya masa tengah lari tu, memang aku dah nak berhenti lari lepas 50 kilometer gamaknya. Aku buat 40 kilometer dalam sub 5 tapi sebab tenang sangat, aku steady makan nasi lauk ayam goreng yang disediakan tanpa rasa bersalah.

Lepas tu baru drama bermula sebab lepas makan aku rasa macam aku dah tak boleh nak lari. Senak yang teramat. Tapi aku cuba juga habiskan 50k dengan senyuman. Haha. Benda tak berakhir kat situ, nasib baik ada Sidqi yang motivate dan cakap "Dari aku stop, elok aku berjalan sahaja untuk capai target 80 kilometer memandangkan ada lagi 10 jam lepas aku habis 50 kilometer. Aku pun sahut cabaran dan terus berjalan dan slow jog ditemani beliau. Untuk mencapai 30 kilometer dalam 10 jam tu sebenarnya sangat susah. Sebab aku dah tak macam mula-mula perlumbaan yang boleh buat 1 loop 5 kilometer dalam tempoh 30 minit.

Akan tetapi bila dah sampai 80 kilometer, kalau nak teruskan larian lagilah nampak hampir mustahil. Kekejangan otot sana sini wey. Tapi alhamdulillah tak ada kekejangan yang serius sampai tak boleh bergerak. Aku yang sebelum ni larian paling lama 4 jam, tiba-tiba nak berlari untuk 16jam. Jangan kata lari, berjalan pun dah macam tak berapa nak lurus. Kalau nak dibandingkan dengan ketam, cara kami bergerak saing saing sahaja. Tiga atau 4 loop terakhir sebelum masa tamat, apa yang mampu aku buat hanya habiskan loop dengan berjalan. Janji aku tak mengalah. Aku cuba kuatkan mental aku sama level dengan pelari yang dah biasa buat ultra yang lain. Akhirnya aku habiskan 95 kilometer dalam tempoh 13:56:18 (official timing). Tapi aku rasa time aku finish dekat 15jam lebih. Jam aku dah tidak lagi berfungsi, sebab aku bukan pakai jam yang hebat. Tu termasuklah sekali masa aku rehat, makan, solat, dan kencing. Finish strong beb! Siapa yang fikir aku sekadar sembang, boleh cek result Watergate 16h 2017 dekat link bawah ni. No bib aku A209. http://results.checkpointspot.asia/

Kedudukan? Boleh lah untuk nubis kubis macam aku. 9/320 untuk Men Open category & 11/421 untuk overall ranking. Benda tak penting sebab aku pun bukannya nak naik podium. Haha. Trauma selepas acara yang menjejaskan aku sangatlah teruk, aku dapat rasakan sistem badan aku 93% rosak sesudah selesai larian ni. Selalu orang kata habis sahaja event, kita akan excited dan tak sabar nak daftar acara larian lain, tapi tidak bagi aku. Aku rasa penyesalan aku sertai Watergate 16 Hour ni. Keesokan harinya berbeza bila aku dah boleh berjalan normal 50%, rasa macam nak register lagi biar aku buat 100 kilometer pula. Haha. Beza memang hanya 5 kilometer, tapi 5 kilometer lepas 95 kilometer ambil masa 1jam lebih untuk habiskan. Jangan tak percaya. Percayalah. Target aku untuk buat Full Marathon sub 4 aku rasa akan sedikit terganggu. Mungkin target untuk utamakan lari ultra 100 kilometer dulu lepas ni. Terima kasih banyak banyak dekat isteri, anak & keluarga aku, running team Naked Spirit Runners, Sarc Runners, dan kawan-kawan sekalian yang banyak bagi dorongan, tips, dan bermacam-macam lagi. Benda-benda ni semua yang buat aku terus berlari. Biar tak laju, janji happy gaiss.

Jadi, sekarang aku rasa aku perlukan jam baru dan kasut yang sesuai untuk larian ultra seterusnya. Harap si isteri baca bahagian ni berulang kali. Sumber : Ariff Iskandar

コメント


TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page