top of page

Cara Untuk Berlari Marathon Hanya Memakai Sandal Atau Berkaki Ayam


Hari ni aku nak bagi tahu macam mana aku boleh terjebak dengan larian dengan hanya berlari dengan memakai sandal atau berkaki ayam.

Pada mulanya aku start lari minimal ni sebab aku nak cuba improve dari segi cara larian aku. Sebelum ni kebanyakan kasut yang aku pakai mesti akan haus di bahagian belakang tapak kasut. Jadi aku cuba untuk cari option macam mana nak atasi masalah ni dengan menggunakan bantuan Mr Google.

Dari situ aku ada terbaca artikel orang putih, salah satu cara untuk ubah dari heel strike kepada mid or forefoot strike adalah dengan lari secara minimal atau barefoot.

Bila dah terbiasa lari secara minimal, secara tak langsung pada kebanyakan masa dalam larian aku berlari secara forefoot dan benda ni sangat improve dari segi kelajuan larian aku sedikit demi sedikit walau tak pernah selaju Usain Bold.

Selain nak betulkan cara larian aku, aku berlari secara minimal ni untuk elak daripada terseliuh. Senang cerita, masa zaman aku lari pakai kasut dulu aku senang sangat terseliuh masa berlari dan aku pernah tak boleh berlari selama 2 bulan angkara terseliuh ni.

Tapi lepas aku lari minimal, Alhamdulillah aku tak pernah lagi alami mimpi ngeri ni.

Tak sakit ke lari minimal or barefoot ni?

Sakit baq hang pada mulanya sementara tapak kaki tu nak biasa. Ye laa, selama ni lari sedap je berkusyen tiba tiba dah tak ada kusyen langsung mana tak nya. Tapi bila dah lama lama lari ni, aku jadi tak pernah kisah pulak pasal kusyen asalkan aku tak injured masa lari.

Nak terang banyak banyak kelebihan lari minimal atau barefoot ni memang payah sebab banyak sangat, tapi kebanyakan orang masih tak sedar kelebihan berlari minimal atau barefoot sebab dah terlampau selesa dengan kasut berkusyen tebal tebal ni.

Kusyen tebal tu tak kisah, tapi tolong jangan berlari heels strike sebab orang yang berlari heels strike akan generates force sehingga 3x ganda berat badan kita yang boleh menyebabkan kecederaan seperti Achilles tendinitis.

Apa apa pun, jangan berhenti berlari dan cuba elak dari segala kecederaan.

Yang benar,

Arep yang berselipar.

Kredit Gambar: AkuWong & SevenChiam


TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page