top of page

Tahniah Lee Chong Wei Rangkul Kejuaraan Keempat All England!!!

  • Charred Cirikwong
  • Mar 12, 2017
  • 1 min read

Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Wira Lee Chong Wei terus membuktikan keupayaannya selaku pemain badminton nombor satu dunia apabila tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pemain China, Shi Yuqi sekaligus muncul juara buat kali keempat kejohanan berprestij, All England 2017.


Pemain veteran negara berusia 35 tahun itu pernah merangkul juara kejohanan sama pada tahun 2010, 2011 dan 2014.


Berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, Lee Chong Wei menang mudah set pertama dengan keputusan 21-12 mengatasi pemain berusia 21 tahun itu.


Dia terus konsisten di set kedua apabila sekali lagi tidak mempunyai masalah untuk mengatasi pemain muda berusia 21 tahun itu dengan keputusan 21-10 sekaligus menghadiahkan senyuman buat seluruh rakyat Malaysia.


Terdahulu, hasrat pasangan beregu campuran negara untuk turut menjadi juara All England tidak kesampaian apabila mereka tumpas juga kepada pasangan dari China, Lukai/ Huang Yaqiong.


Pasangan negara itu terlebih dahulu menang dalam set pertama dengan keputusan 21-18 sebelum mereka terpaksa menerima hakikat tumpas dalam set kedua dan rubber set dengan keputusan 19-21,16-21.


Apapun, mereka semua sudah menghadirkan senyuman buat seluruh peminat badminton di negara ini. Semoga pemain muda negara terus menggandakan usaha untuk menakluki pentas dunia pada masa akan datang. Ayuh Malaysia! Kita boleh!

Comments


TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page