ROC berada di Malaysia buat kali pertama!
Ridiculous Obstacle Challenge (ROC), acara merentasi halangan yang terbesar di dunia akan berada di Asia buat julung kalinya. Ianya bakal diadadakan di Forest City, Johor pada 25 November sebelum diteruskan di Cyberjaya pada 9 Disember depan.
Berasal dari Amerika Syarikat, ROC akan menampilkan beberapa halangan sepanjang 5 kilometer yang menguji peserta untuk berjalan dan berlari. Memasuki tahun ketujuh pada tahun ini, kira-kira 500,000 penyertaan peminat tegar telah diterima oleh ROC sepanjang perlumbaan itu diadakan.
Perlumbaan ROC akan menguji peserta dengan beberapa halangan yang epik dan unik seperti ‘Wrecking Ball’, ‘Sweeper’, ‘Jump Balls’ yang diubahsuai serta gelongsor ke garisan penamat yang dinamakan ‘The Hippo’- gelongsor air dengan ketinggian empat tingkat.
Keluasan kawasan serta landskap menjadikan Forest City sebagai venue pilihan untuk menganjurkan perlumbaan kali ini selain persekitarannya yang begitu kondusif. Pembangunan di kawasan tersebut juga menarik pengunjung tempatan sejak ia dilancarkan pada tahun 2016, dan pengunjung juga boleh menggunakan fasiliti rekreasi yang terdapat di tempat tersebut secara percuma terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum.
“Kami menyokong perlumbaan ini kerana ia membawa satu benda yang baru kepada negeri Johor. Kami berharap yang pelancong asing dan komuniti tempatan akan hadir dan sama-sama menjayakan perlumbaan ini.” ujar Datuk Md Othman Yusof, Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd.
“Perlumbaan ROC ini adalah sejajar dengan fokus rancangan Forest City untuk meningkatkan pelancongan dalam negeri. Ia akan menjadi perlumbaan antarabangsa pertama yang akan diadakan sebelum kami mencatat satu lagi kejayaan antarabangsa tahun depan, dengan pembukaan padang golf yang direka oleh legenda golf Jack Nicklaus dan anak lelakinya,” tambah Datuk Md Othman.
Dengan sokongan dari Malaysia Major Events, salah satu divisyen dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia (MoTAC), Perlumbaan ROC sudah bersedia untuk menganjurkan perlumbaan ini dimana peserta harus melengkapkan semua halangan sebelum ke garisan penamat.
“Malaysia Major Events sangat berbangga untuk menyokong penganjuran Perlumbaan ROC untuk kali pertama di Asia, ia juga menunjukkan kapabiliti Malaysia untuk menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa dan meningkatkan populariti sukan pelancongan di rantau ini. Semua ini adalah sejajar dengan usaha dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mencapai anggaran 36 juta orang pelancong asing sekaligus membantu menjana pendapatan sebanyak RM168 bilion sehingga tahun 2020,” ujar Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events.
“Saya percaya ini adalah masa yang sesuai perlumbaan ROC diperkenalkan di Asia, terutamanya dengan pertambahan bilangan peminat sukan berkaitan kecergasan dan merentasi halangan di rantau ini. Perlumbaan ROC ini mempunyai elemen yang menyeronokkan dan unik serta memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para peserta”, kata David Wright, Pengasas ROC.
Perlumbaan ini telah berkembang sejak julung kalinya diadakan pada tahun 2011 dan kini sedang menikmati populariti yang besar terutamanya selepas bergabung dengan penerbit TV siri 'Wipeout' ditambah kehadiran penuh penonton di lebih 21 bandar semasa Jelajah AS 2015. Pada tahun 2016, Pelumbaan ROC menjelajah empat bandar utama di Australia dengan tiket habis dijual dalam masa empat jam sahaja.
Pendaftaran juga dibuka untuk peserta berusia 10 tahun ke atas, menjadikan perlumbaan ini bukan sahaja untuk yang paling cergas dan berani tetapi ianya unik dan memenuhi keperluan peserta. Peserta juga mempunyai peluang untuk memilih waktu pelepasan mereka bersama-sama dengan beberapa kejutan yang bakal menanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran, log masuk ke https://www.rocrace.my/
********
Tentang MME
Malaysia Major Events (MME) merupakan divisyen dari Malaysia Convention & Exhibition Burueau (MyCEB), sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia (MOTAC). MME telah ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (Projek Permulaan 7) untuk mengenal pasti, mempromosikan, mempermudah serta menyokong acara antarabangsa yang berdaya maju yang akan diadakan di Malaysia. Dengan matlamat utamanya untuk meningkatkan pertumbuhan dan profil ekonomi Malaysia, MME juga ditugaskan untuk mengenal pasti dan menyokong tawaran acara utama untuk sukan, kesenian, gaya hidup dan acara hiburan serta memberi bantuan kepada acara-acara di negara asal dan rumah untuk memperkuatkan rayuan global Malaysia sebagai tempat pilihan untuk acara utama di rantau ini. MME juga bertindak sebagai saluran antara sektor awam dan swasta dalam memastikan proses lancar dicapai melalui hubungan sinergi dengan pihak berkepentingan dalam pelbagai acara yang berjaya di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymajorevents.com.my, atau anda boleh mengikuti kami di facebook.com/MalaysiaMajorEvents dan Instagram / MyMajorEvents.
Tentang Country Garden Pacificview Sdn Bhd
Ditubuhkan di Malaysia pada 29 April 2013, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) adalah pemaju utama untuk Forest City, pembangunan hijau terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Iskandar. CGPV adalah usaha sama antara Country Garden (60%) dan Esplanade 88 Danga Bay Sdn Bhd (EDSB), sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Tentang Forest City
Forest City merupakan kawasan pembangunan berkeluasan 30km2 yang terletak di Iskandar Malaysia. Bersebelahan dengan Lingkaran Kedua Malaysia-Singapura, ia merupakan pembangunan secara gabungan diantara Country Garden dan Espalanade Danga 88. Dengan pelaburan sebanyak AS $100 billion, ia mempunyai empat pulau dengan tema berkembar ‘integrasi perniagaan dan bandar’ dan juga ‘inovasi urban’. Projek ini bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi melalui lapan industri utama - pelancongan dan MICE, penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, ibu pejabat serantau, kewangan, pangkalan perkhidmatan e-dagang di ASEAN, penerapan teknik baru dan pusat perkhidmatan, dan sektor yang berkaitan dengan sebuah bandar hijau dan pintar.