Biodata Lengkap Jejaka Yang Dikatakan Teman Lelaki Fasha Sandha
Beberapa hari ini Viral di laman sosial mengenai siapakah jejaka yang bergambar disebelah Fasha Sandha. Majoriti blog-blog hiburan mengatakan bahawa jejaka yang mirip Khairul Fahmi Che Mat (Apek) ini merupakan teman lelaki baru Fasha Sandha.
Kami di Readlex.com telah dapat menghubungi sendiri Mukhlis Rosdi, iaitu jejaka yang dikaitkan dengan gosip ini. Hasil temubual kami & biodata lengkap Mukhlis adalah seperti berikut:-
Nama : Ahmad Mukhlis Bin Mohd Rosdi
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Pekerjaan : Ahli Perniagaan (Pengasas Amaura HQ)
Pendidikan : Bachelor in Construction Management, Lim Kok Wing
Umur : 26 Tahun
Mukhlis atau lebih senang dipanggil Kelis dalam kalangan rakan-rakannya merupakan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan Amaura Hq. Amaura telah berada dipasaran selama lebih setahun dengan dua produk utama iaitu Amaura Crystal & Amaura Soap.
Bertanyakan mengenai kedua-dua produk ini, produk ini disasarkan kepada remaja belasan tahun, wanita bekerjaya serta semua wanita diluar sana yang ingin untuk memutihkan kulit serta menguruskan badan. Kelebihan produk dari Amaura Hq adalah mereka hanya menggunakan ramuan semulajadi daripada buah-buahan dan sayuran sahaja.
Ekstrak buah-buahan di dalam produk ini membantu untuk membina sel-sel baru bagi memutihkan kulit muka anda. Jadi anda tidak perlu risau dengan kesan sampingan daripada bahan kimia seperti merkuri dan sebagainya. Produk ini juga mendapat kelulusan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga dijamin HALAL.
Produk Amaura yang semakin dikenali ramai ini memberi BONUS & komisen menarik kepada stokis & agen dropship yang menjual produk mereka. Bagi yang berminat untuk menjadi stokis atau agen, anda boleh layari laman sosial Facebook atau Instagram mereka seperti berikut.
Facebook : Amaura Crystal Hq & Amaura Crystal
Instagram : amaura_hq
Sebelum mengakhiri temubual kami, sempat juga kami bertanya tentang status hubungan di antara saudara Mukhlis & Fasha Sandha. Dengan bersahaja Mukhlis menjawab "No Comment buat masa ini. Saya dan dia hanya kawan sahaja."