Foto Anggerik, Anak Adira Suhaimi Dan Dato Red
- Noah Ahmad
- Mar 14, 2017
- 1 min read

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Adira Suhaimi dan suami Dato Red diatas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Adira selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Anggerik dengan berat 3.2 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 11.30 malam 10 Mac lepas.
Ditanya mengenai nama Anggerik yang diberikan kepada cahaya mata sulungnya, Adira berkata dia memilih nama tersebut kerana meminati bunga klasik tersebut dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulungnya dengan nama tersebut.
Hari ini dilaman instagram Dato Red, beliau berkongsi gambar cahaya matanya itu selepas empat hari dilahirkan. Anggerik kelihatan sangat comel dengan wajah yang putih dan gebu. Posting Dato Red itu dihujani komen pujian dari peminat mereka.
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Adira dan suami atas kelahiran cahaya mata sulung mereka, Anggerik.



Sumber : BeautifulNara
コメント