top of page

Johan Nawawi, Suami Nora GV 3 Meninggal Dunia

Komposer Johan Nawawi, 52 yang juga suami kepada penyanyi Nora meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara kepada Sinar Harian.

Johan dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Setakat ini belum dimaklumkan punca kematian Allahyarham.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Kami dari pihak Readlex.com ingin mengucapkan takziah kepada Nora sekeluarga diatas pemergiaan ini. Semoga roh Johan Nawawi dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber : Sinar Harian

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page