Kisah Hala Tuju Perniagaan 2 Pengasas Jenama Terkemuka Di Malaysia
Bagi yang mengetahui mengenai jenama dan produk Mesotropin iaitu supplemen tenaga untuk bina badan, pasti anda mengenali pengasas dan pemiliknya iaitu Hafiz Wasa.
Artikel ini diperolehi dari laman Facebook Hafiz Wasa dimana beliau bersama-sama pengasas Bella Ammara, Khalif Samsudin membincangkan mengenai perniagaan serta hala tuju perniagaan mereka. Mari kita baca kisah hala tuju perniagaan mereka berdua.
Minggu lepas saya minum petang bersama Khalif Samsudin. Terima kasih kerana sudi belanja saya walaupun pada mulanya saya nak belanja beliau.
Kami berborak panjang. Pelbagai isi berkenaan Mesotropin dan Bella Ammara diketengahkan. Berselang-seli bagaimana masing-masing memulakan perniagaan. Kami Setuju bahawa sebenarnya lebih banyak kegagalan perlu ditempuhi dahulu sebelum mencapai apa yang diingini.
Apa yang menariknya, kegagalan tersebut sebenarnya membantu kita pergi lebih jauh. Cuma bagaimana kita mencorakkan kegagalan tersebut kepada perkara yang positif.
Beliau (Khalif Samsudin) bercerita bagaimana AirAsia rugi dalam tajaan Formula One namun disebalik kerugian tersebut Air Asia dapat teknologi pembuatan kerusi yang ringan dimana ia diimplementasi kepada kerusi penumpang dalam pesawat terbaru AirAsia.
Disini mereka dapat sebuah kapal terbang yang ringan seterusnya dapat menjimatkan bahan api yang sangat signifikan. Kami berborak hampir 3 jam.
Dan topik terakhir dibincangkan adalah hala tuju syarikat.
Adakah syarikat yang kita usahakan sekarang untuk diwarisi kepada keturunan kita?
TIDAK!
Kami akan menjual saham-saham syarikat yang ada sekarang, hidup dengan kebebasan kewangan, travel seluruh dunia tanpa dibebani masalah-masalah syarikat. Habis bagaiman dengan keturunan mereka?
Jangan risau, zaman meraka akan hebat lagi. Jangan terkejut mereka dapat membina sesuatu lebih hebat dari kemampuan kita. Tugas kita hanya mengajar pengalaman-pengalaman dan kegagalan kita kepada mereka.
Jadi kepada anda yang sedang menjalankan perniagaan, yang jadi pengasas-pengasa tu semua mesti tahu "what's your exit strategy"
Rancanglah dari sekarang.