top of page

Mushola Nurul Islam, Surau Moden Hasil Rekaan Anak Jati Indonesia

Mushola ataupun surau merupakan tempat untuk masyarakat Islam setempat menunaikan ibadah. Kebiasaannya surau yang ada di Malaysia dijadikan sebagai pusat kegiatan ibadah dan aktiviti masyarakat setempat.

Mushola Nurul Islam yang bertempat di kawasan kejiranan yang padat di Indonesia merupakan salah satu Mushola yang dibina dengan rekaan yang minimalis serta menggunakan keluasan tanah yang sedikit serta rekaannya boleh dikatakan setanding dengan pereka terkenal antarabangsa.

Syarikat arkitek yang mereka Mushola ini adalah Parisauli Arsitek Studio dan arkiteknya pula adalah Ario Wirastomo & Ditta Astrini Wijayanti. Mereka ini merupakan anak jati Indonesia sendiri.

Walaupun Mushola ini dibina dengan keluasan tanah yang kecil, arkitek yang membinanya berjaya menjadikan pusat ibadah ini serbaguna dan mempunyai pelbagai fasiliti seperti dewan kecil tempat perjumpaan masyarakat setempat, perkhidmatan kesihatan dan juga kawasan permainan untuk kanak-kanak disekitar kawasan kejiranan ini.

Apa yang lebih menariknya, bagi mendapatkan pencahayaan dan pengaliran udara yang baik, arkitek Mushola ini mengambil pendekatan untuk tidak membina dinding, pintu serta tingkap yang besar tetapi mengantikan dengan sesuatu yang lebih berkesan. Lihat gambar-gambar menarik mengenai Mushola Nurul Islam ini dibawah.

Sumber: Archdaily

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page