Robot Tangan 6 Paksi Yang Boleh Mencetak Gentian Kaca 3D
Sepasukan arkitek dan jurutera dari Politeknik Milano di Italy telah menciptakan Atropos, sebuah robot tangan yang mampu untuk mencetak gentian kaca 3D. Robot yang unik ini telah dibangunkan oleh +Lab, makmal cetakan 3D politeknik berkenaan.
Melalui teknologi yang dikenali sebagai Continuous Fiber Composites Smart Manufacturing, Atropos mempunyai kebolehan untuk mencetak sesuatu yang besar serta struktur yang kompleks. Ini dapat membantu proses mereka bentuk dan pembinaan.
Idea untuk mencipta Atropos muncul apabila kumpulan ini mendapat inspirasi daripada labah-labah dan juga ulat sutera. Maka dengan itu terhasillah robot tangan 6 paksi dengan pelbagai gerakan.
Pelbagai bentuk-bentuk unik dan kompleks yang berjaya Atropos bina menggunakan gentian kaca. Teknologi cetakan 3D kini masuk ke era terbaru dan semakin mengujakan. Lihat hasil-hasil yang terbina menggunakan Atropos dibawah.
Sumber : Archdaily