top of page

Cara Paling Murah Pergi ke Hatyai – Thailand


Kali ini saya nak kongsi pengalaman sendiri pergi ke Hatyai, Thailand dengan kos yang tersangat lah rendah. Mungkin tips ini sesuai kepada sesiapa yang belum sampai ke Hatyai lagi.

Ok, untuk destinasi kali ini saya melalui sempadan Padang Besar, setelah siap cop passport. Saya terus ke perhentian van untuk pergi ke Hatyai. Kalau korang tak larat nak jalan ke perhentian van, korang boleh naik motor sewa dengan tambang 50 – 60 Bath.

  • Berbeza dengan Malaysia, dekat Malaysia kita biasa dengan bas/teksi tapi kat sana mereka biasa dengan van atau motor sewa.

  • Dah cuba nak search Uber tapi Padang besar danHatyai tak ada Uber lagi.

Tambang van dari Padang Besar ke Hatyai sehala cuma 50 Bath untuk jarak 56km. Pergi balik dalam 100 Bath. Perjalanan mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah untuk sehala.

Sampai je kat Hatyai Van Station boleh la singgah makan dulu. Kepda Muslim jangan risau pasal makan kat Hatyai, melambak kedai makan atau restoran orang Muslim kat sana.

Mudah je kan nak pergi jalan-jalan kat Hatyai. Banyak juga tempat best kat Hatyai ni kalau bercadang nak bermalam kat sana, seperti :

  • Hatyai Municipal Park

  • Hatyai Cable Car

  • Hatyai's Floating Market

  • Wat Hatyai Nai

  • Muzium Magic Eye 3D

  • Central Festival Mall

  • Hatyai Ice Dome

  • Air Terjun - Namtok Ton Nga Chang

Tips terakhir untuk bergerak di Hatyai, saya lebih suka naik motor sewa, tambang secara kasar 1km = 10 - 20 Bath. Murah dan cepat sampai.

Apa lagi? kepada sesiapa yang belum pernah pijak lagi Hatyai. Pergi la sekali sekala ambil pengalaman dan permandangan kat negeri orang. Sekian.

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page