top of page

Cara-Cara Memasak Kengsom / Gengsom


Pernah makan Kengsom? Kengsom ada sejenis masakan Thai, rasanya nak akan sama dengan asam pedas. Selalu kengsom ni dimasak dengan ikan, ikan termenung atau siakap.

Kengsom bermaksud = Kari Masam

Keng = Kari/Gulai

Som = Masam

Gengsom = ejaan dalam english

Terlebih dahulu, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

  • Ikan (Siakap/Termenung)

  • Ubi Keledek / bendi / timun / terung bulat ( Yang ni boleh campur-campur)

  • Daun laksa

  • Cili & cili kering

  • Bawang putih

  • Belacan

  • Kunyit ( Jangan banyak sangat nanti sup terlampau kuning)

  • Limau nipis / asam jawa / asam keping

  • Garam dan gula secukup rasa

Benda pertama yang kena buat, kisar/blend bahan-bahan untuk sup dulu : cili, cili kering, bawang puith, kunyit dan belacan.

Kedua, didihkan air dan masukkan bahan-bahan sup. Kemudian air perahan asam jawa, asam nipis atau asam keping. Di antara asam jawa dan asam keping boleh pilih salah satu sahaja atau dua dua pun boleh.

Masukkan ubi keledek dulu sebab ubi keledek paling lambat masak. Pastu masukkan bendi dan last sekali ikan dengan daun laksa.

Jangan lupa garam dan gula. Rasa dulu kalau tak cukup masam boleh tambah air perahan asam jawa dan limau nipis.

Mudah je kan? Selamat mencuba!

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page