Cara-Cara Memasak Pad Thai
Pernah makan “Pad Thai” ? Pad Tai merupakan masakan mee goreng popular Thailand. Nampak macam kuey teow goreng tapi bukan, bezanya Pad Thai ni pakai mee yang diperbuat daripada tepung beras.
Pad / Phat / Phad bermaksud goreng (goreng nasi, mee, bihun) kalau goreng ayam, pisang goreng tu dipanggil "Thord" .
Nak kenal Pad Thai ni senang saja, cuba bayangkan kuey teow yang digoreng dengan sayur taugeh yang banyak dan digaul dengan kacang tanah hancur dengan perahan limau nipis/kasturi.
Nak kenal senang, nak masak pun tak susah mana. Jom kita tengok dulu bahan-bahannya.
Mee/kuey teow tepung beras
Ayam, udang, tauhu goreng.
Telur.
Taugeh
Daun Kucai
Bawang putih
Kacang tanah hancur (Boleh pakai kacang cap ibu jari)
Cili
Serbuk cili
Limau nipis
Kicap pekat
Sos ikan
Sos cili thai.
Sedikit sos tiram
Gula/gula perang dan garam secukup rasa.
Benda pertama yang kena buat adalah rebus mee tepung beras dulu sampai lembut pastu toskan. Kemudian sedia bahan bahan untuk rencah pula. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, potongan ayam, taugeh goreng dan udang last sekali.
Kacau sambil masukkan kicap pekat,sos ikan, sos thai, sos tiram dan gula garam secukup rasa. Kemudian masukkan mee tepung beras yang ditos tadi. Serbuk cili ikut tahap kepedasan masing-masing.
Bila dah hampir masak, masukan telur, taugeh dan kucai. Kacau hingga sebati. Sediakan dihidang bersama kacang hancur, cili potong dan perahan limau nipis.
Selamat mencuba !