Kapal Layar Mewah Sport Dari Bugatti
Siapa tidak kenal dengan jenama Bugatti. Perkara pertama yang akan terlintas difikiran kita apabila mendengar nama Bugatti adalah hypercar - nya iaitu Bugatti Veyron. Tetapi baru-baru ini Bugatti telah mengeluarkan sebuah kapal layarnya sendiri iaitu Bugatti Niniette 66.
Bugatti bersama-sama pereka kapal layar terkenal Palmer Johnson telah mencipta Bugatti Niniette 66 sebuah kapal layar edisi khas yang diilhamkan daripada Bugatti Chiron. Bugatti telah bekerjasama dengan Palmer Johnson bagi projek ini sejak 2015.
Bugatti mengatakan bahawa pembeli yang berpontesi untuk membeli kapal layar ini adalah dalam kalangan pemilik dan pengumpul kereta sport Bugatti itu sendiri.
Terdapat beberapa ciri-ciri mewah pada Bugatti Niniette 66 seperti ianya diperbuat daripada carbon fiber dan boleh mencapai kelajuan sehingga 44 knot, sebuah jakuzi persendirian, ruang kokpit dan tempat memanaskan badan, lounge dalaman yang eksklusif dan juga bilik beserta sebuah katil bersaiz king.
Sumber : Travelandleisure.com