top of page

Model Skala Mikro Menakjubkan Dibina Dari Bahan Kegunaan Harian


Joshua Smith merupakan seorang pereka model minitur dan juga bekas artis stensil yang berasal dari Australia Selatan. Dia mempunyai kemahiran yang sangat teliti dalam membina model-model berskala mikro daripada bahan-bahan kegunaan harian.


Hasil kerja Joshua sering memaparkan penelitian yang mengagumkan dan memfokus penelitian pada persekitaran urban seperti kotoran, barang-barang berkarat dan mereput, sehingga ke kotak rokok yang dibuang dan juga graffiti.


Kesemua penelitian tersebut dibina semula oleh Joshua dalam model minitur mikronya berskala 1:20. Joshua beralih dari seni stensil yang telah menjadi kerjayanya selama 16 tahun untuk memberi fokus kepada pembuatan model minitur sahaja.


Mari kita lihat hasil model minitur teliti dari Joshua Smith.

Sumber : ArchDaily

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page