Ferrari Menyambut Ulangtahun Ke-70 Dengan LaFerrari Aperta Hypercar
Hanya beberapa tahun selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu pada 12 March 1947, Enzo Ferrari telah menguji pandu kereta pertamanya iaitu Ferrari 125 S. Uji pandu tersebut dilakukan di kawasan sekitar Maranello Italy yang merupakan tempat lahirnya jenama Ferrari ini.
70 tahun kemudian, Ferrari menyambut ulangtahunnya dengan ciptaan model Ferrari khas iaitu LaFerrari Aperta.
LaFerrari Aperta merupakan versi targa bagi LaFerrari coupe yang dibuat dengan carbon fibre dengan spesifikasi enjin hibrid V-12 6.3 liter yang menghasilkan 949 kuasa kuda dan 664 torque dipadankan dengan gear berkembar tujuh kelajuan.
LaFerrari Aperta ini mempunyai kelajuan maksimum 350 km/j dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3 saat dan 0 hingga 200km/j dalam 7.1 saat.
Bagi mengimbau kembali kenangan 70 tahun yang lalu, Ferrari telah menayangkan sebuah video sempena ulangtahunnya dengan memaparkan Ferrari 125 S dan kemudiannya LaFerrari Aperta Hypercar memecah keheningan Via Abertone Inferiore.
Di Malaysia setahu kami hanya seorang sahaja yang memiliki Ferrari Model LaFerrari berwarna ungu iaitu Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor.
Sumber : Ferrari | Motortrend