top of page

Qatar Airways QSuite Merevolusi Kelas Perniagaan Dalam Penerbangan


Pada 8 March 2017 di Berlin, Qatar Airways telah melancarkan QSuite iaitu Kelas Perniagaan terbaru milik mereka.

QSuite merupakan satu revolusi dalam Kelas Perniagaan yang mempunyai ciri-ciri menarik dimana QSuite boleh dijadikan katil berdua dan mempunyai ruang persendirian yang sangat selesa dan privasi.

Konsep ini telah dibangunkan sekitar tiga tahun lalu. Tempat duduk yang disediakan mempunyai panel privasi yang boleh ditutup atau dibuka dan membolehkan penumpang yang duduk bersebelahan untuk menjadikannya katil berdua.

Di Qsuite juga terdapat panel yang boleh diubah dan set televisyen yang boleh digerakkan dibahagian tengah diantara 4 penumpang.

Bagi keluarga berempat atau rakan perniagaan boleh menjadikan QSuite tempat privasi untuk keluarga dan menjalankan mesyuarat perniagaan semasa dalam penerbangan.

"Jika anda sekumpulan ahli perniagaan yang ingin mengadakan perbincangan, anda boleh melakukannya dalam keadaan penuh privasi semasa dalam penerbangan kami" kata Akbar Al Baker, Ketua Pegawai Eksekutif Global Qatar Airways.

Setiap tempat duduk penumpang di QSuite dijahit dengan tangan daripada Italian Lether dan menpunyai kemasan satin rose gold.

Bagi mereka yang kerap menaiki Kelas Perniagaan untuk kemana-mana sahaja destinasi, anda boleh nantikan QSuite dari Qatar Airways.

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page