top of page

Sebab-sebab Anda Tidak Layak Dapat BR1M



Penuh timeline Facebook hari ini mempertikaikan kenapa mereka tidak layak dapat BR1M. Ini ulasan dari saudara Ayie Lantana selepas bertanya sendiri kepada LHDN. 

Saya baru keluar dari LHDN. Ini info yang saya perolehi walaupun saya bukan penerima BR1M.


1. Yang tidak layak memang tak boleh diambil kira tetapi masih boleh kemukakan rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017.

2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokumen perniagaan? 

Kerana tujuan kerajaan memberi BR1M adalah untuk golongan berpendapatan rendah, terdapat peniaga yang kaya raya masih memperolehi BR1M.

Perkara ini berlaku kerana kerana peniaga terbabit tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai jadi kerajaan tidak dapat mengesan pendapatan mereka. 

Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan boleh kemukakan rayuan & dokumen berkaitan kepada pihak LHDN.

3. Masalah-masalah lain adalah berkenaan pengesahan perkahwinan. Terdapat kes pasangan sudah bercerai tetapi suami masih mendapat BR1M RM1050.

Sepatutnya hanya mendapat RM450 sahaja dan perkara ini mengakibatkan bekas isteri gagal mendapat BR1M kerana sistem tidak dkemaskini (ini pembelaan kepada hak wanita). 

Jadi kepada sesiapa yang mengalami masalah ini boleh kemuka rayuan beserta bukti di LHDN.

4. Selain itu jika tiada pengesahan berhenti belajar, mahasiswa yang mendapat baucer buku RM250 tidak layak untuk mendapat BR1M bujang berjumlah RM450.

5. Jika nama anda tersenarai dalam tanggunggan  pemohon lain, anda juga tidak layak mendapat BR1M. Jadi untuk itu anda perlu semak dengan pemohon lain seperti ayah anda.

Pastikan ayah anda tidak meletakkan nama anda dalam senarai tanggungan supaya anda boleh mendapat BR1M.

6. Dokumen yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF dan LHDN akan maklumkan semula kepada pemohon.

Ingat! Rayuan bermula pada 3 April hingga 31 Mei 2017 dan jangan lupa bawa dokumen berkaitan.

Sumber : Ayie Lantana

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page