Kena Cuba Lamb Chop di Restoran Ramly
Mungkin bila disebut sahaja pasal nama Ramly kita pastinya akan terbayang burger-burger panas yang di jual di tepi jalan.
Kita juga jarang memilih untuk masuk ke restoran/kiosk makanan segera Ramly berbanding jenama-jenama terkenal lain kerana kita menjangkakan menunya adalah sama seperti kedai burger lain di tepi jalan.
Paling bermain di kepala, "sedap ke makan kat Ramly ni?," macam tak ada apa-apa yang spesial pun.
Sewaktu bertolak pulang dari Pulau Pinang baru-baru ini, dengan keadaan lapar dan hujan lebat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), penulis mengambil keputusan untuk berhenti sekejap menikmati makan tengah hari di Rnr Semanggol, Perak.
Dengan perut yang sudah berbunyi, penulis tidak mahu berfikir panjang dan terus masuk ke Kiosk Ramly. Dalam hati ,"makanlah apa sahaja asalkan perut kenyang".
Bila tengok pada menu yang dipaparkan, pada mulanya penulis ingin mencuba Chicken Chop tetapi "sold out" pula. Jadi tanpa fikir panjang, penulis membuat keputusan untuk "cuba jelah dia punya Lamb Chop".
Dengan harga RM17.90 untuk satu set, inilah yang penulis nikmati dan rasanya bagi penulis boleh pergi jauh...cubalah! begitu sedap dan berbaloi.
Penulis teringat satu video semasa sekumpulan penyanyi terkenal dari Thailand, So Cool yang datang membuat persembahan di sini dan mereka mencuba burger Ramly tepi jalan di negara kita.
Teringat lagi salah seorang daripada mereka berkata, "Aroi mark, rot chard mean kap europe lei". Maksudnya burger di tepi jalan itu sangat sedap dan rasanya setanding menikmati daging bakar dari Eropah.
Semoga Ramly menjadi antara satu jenama Malaysia yang setanding produk luar negara lain sedikit masa lagi. Terus sokong produk tempatan berkualiti!