top of page

Jep Sepahtu & Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri


Bertempat di Glam Hall Mercu Mustapha Kamal, pelawak popular Jep Sepahtu telah selamat ijabkabulkan dengan pelakon Sari Yanti. Majlis pernikahan tertutup tersebut berlangsung dengan hanya dihadiri keluarga serta sahabat rapat Jep & Sari Yanti.


Media yang dapat menghidu majlis berkenaan sejak pagi telah dilarang masuk ke dewan berkenaan. Peminat hanya mengetahui majlis perkahwinan berkenaan dilaman sosial Instagram milik Sari Yanti apabila beliau memuatnaik sekeping gambar Jep Sepahtu sedang bernikah dengan caption


"Bismillahirrahmanirrahim.Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA'ALA. -SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR."


Semoga kedua pasangan mempelai ini berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang comel serta soleh & solehah.

Sumber : Sinar FM

Sumber : Sari Yanti

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page