top of page

15 Tanda-Tanda Ketagihan Kopi / Kafein Yang Kritikal


Banyak kedai kopi tumbuh bak cendawan selepas hujan di Malaysia, tak kira la Kuala Lumpur ke, Penang ke mahupun Johor. Kadang-kala kita tak sedar yang kekerapan kita minum kopi pun kian bertambah. Sikit-sikit nak kopi menyebabkan banyak di kalangan kita ni ketagih kopi tanpa sedar. Tak percaya?

Pernah tak korang rasa yang macam tak kena je seharian bila sehari tak minum kopi? Tangan mengigil-gigil atau sakit kepala? atau boleh sakit otak/otak berdenyut kalau tidak merasa kopi sehari?

Golongan peminum kopi tegar ni macam-macam ragam yang kita boleh tengok bila diorang ketagih nak kopi, macam dadah je kopi ni kan?

Kadar intensiti sindrom ketagihan kopi akan lebih ketara dan mengikut kadar kekerapan korang minum kopi. Semakin kerap korang minum kopi dalam masa sehari, semakin kuat lah ketagihan ke atas kafein.

Kalau masih tidak pasti yang korang ni dan golongan penagih teruk atau di paras yang boleh kawal lagi, Meh tengok sini 15 simptom paling ketara yang menunjukkan korang ni sebenarnya ketagihan kopi/kafein!

  1. Sakit kepala yang berdenyut denyut bila tak minum kopi dalam satu tempoh.

  2. Mengantuk yang amat sangat kalau beberapa jam tak minum kopi.

  3. Senang rasa menyampah tanpa sebab. Kadang kadang kat mak cik sapu lantai pun korang rasa menyampah teruk.

  4. Pemalas/ kurang motivasi. Tak ada mood.

  5. Susah nak buang air besar. Masalah pencernaan/ penghadaman.

  6. Setiap hari pun “monday blues” bagi anda. Rasa tekanan?

  7. Mengalami sakit otot dan urat. Kejang.

  8. Kurang perhatian/concentrasi. Hilang tumpuan.

  9. Keadaan seperti nak selsema atau rasa macam ada resdung. Kerap sangat lah pulak dapat selsema.

  10. Yang ini paling ketara! tak boleh tidur malah susah betul lah nak lena.

  11. Rasa loya mengalah kan orang mengandung tapi sebenarnya ketagih kopi. Tak lalu makan benda lain selagi tak dapat kopi.

  12. Sentiasa ada perasaan was was/ risau/tidak tenang.

  13. Otak beku/ otak kejang. Senang cerita tak boleh berfikir.

  14. Rasa tak stabil. dunia macam berpusing pusing. jalan pun belum tentu lurus. Orang lain mabuk arak korang mabuk kopi.

  15. Yang last sekali ni paling bahaya. Apabila korang dapati degupan jantung korang berubah rentak menjadi laju semacam. Duduk tengok tv pun jantung korang bole berdegup macam korang tengah main bola sepak atas padang. Itu memang sah lah korang dah tahap kritikal ketagihan kopi. Hal ini terjadi kerana tekanan darah rendah menyebabkan rentak degupan jantung itu jadi tak normal.

Kesimpulan: jika ada semua simptom-simptom di atas, mungkin dah tiba masanya untuk korang kurangkan kopi atau cuba beralih ke minum teh hijau kerana teh hijau telah lama dikenal sebagai pengganti minuman seperti kopi yang lebih sihat.

Teh hijau rendah kandungan kafein dan mengandung antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan ini dapat membantu menyihatkan tubuh, kulit, dan rambut. Jom minum teh hijau!

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page