top of page

Korea Utara Culik Rakyat Malaysia?


Sedang kecoh sekarang ini berkenaan kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un. Wakil media tempatan & antarabangsa pula sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan berita terkini berkenaan kes ini.

Tetapi tahukah anda, sebelum ini juga pernah berlaku satu kes penculikan yang khabarnya didalangi oleh Korea Utara. Pada tahun 2005 kerajaan Malaysia telah mengarahkan satu siasatan di jalankan mengenai 4 orang wanita rakyat Malaysia yang di culik oleh Korea Utara pada 1978. Kes ini melibatkan 4 wanita rakyat Malaysia yang hilang pada 1978 dan dipercayai diculik di perairan Singapura.

Empat wanita Malaysia yang hilang iaitu Yeng Yoke Fun (22), Yap Me Leng (22) , Seetoh Tai Thim (19) dan Margaret Ong Guat Choo (19) hilang di Singapura 39 tahun lalu dan dipercayai diculik pihak Korea Utara ketika bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) bersama beratus-ratus wanita lain yang mengalami nasib yang sama di Singapura, Thailand, Macau dan Jepun. Tujuan penculikan adalah untuk menjadikan mangsa culik sebagai perempuan simpanan, jurulatih kepada sekolah perisik, dan juga sebagai pelakon filem propaganda Korea Utara.

Kes ini menjadi tumpuan dunia apabila Jenkins (individu yang berpaling tadah ke Korea Utara pada tahun 1950an & mengahwini wanita Jepun) memberitahu seorang wartawan Jepun yang menyiasat kes itu bahawa beliau ternampak Yeng Yoke Fun beberapa kali di taman hiburan tempat beliau bekerja.

Keempat-empat wanita rakyat Malaysia yang malang ini tidak dibenarkan pulang ke Malaysia, malahan tindakan menculik mereka juga tidak pernah diakui oleh kerajaan Korea Utara.

Bayangkan berpuluh tahun mereka tidak dibenarkan kembali ke Malaysia untuk berjumpa ibu bapa, diseksa, dipaksa berkahwin dengan calon tertentu, hanya dibenarkan melakukan seks setahun sekali mengikut budi bicara penculik (berdasarkan keterangan pemohon suaka dari Korea Utara). Hak asasi mereka berempat dirompak dengan begitu kejam.

Sehingga ke hari ini, kerajaan Korea Utara tidak mahu mengakui penculikan ini berlaku walaupun terdapat saksi & bukti kewujudan mereka di Korea Utara.

Apa yang berlaku hampir 40 tahun lalu masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Pihak Korea Utara akan secara berterusan menafikan segala perbuatan jenayah mereka termasuklah yang berlaku baru-baru ini di Malaysia walaupun mempunyai bukti yang cukup bahawa apa yang berlaku adalah kes pembunuhan oleh rakyat Korea Utara sendiri.

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page