top of page

Kisah Ultraman & Kucing


Sebuah keluarga (Keluarga Narushima) di Jepun telah menyelamatkan seekor anak kucing yang baru dilahirkan dikawasan kejiranan mereka. Semasa menjumpai kucing tersebut, mereka mendapati keadaan kucing tersebut agak menyedihkan dan didapati ditinggalkan ibunya. Anak kucing tersebut dianggarkan berusia 3 hari.

Mereka menamakan anak kucing tersebut Koma (こま) yang membawa maksud Teratas ( Top ). Pemilik kucing tersebut Mai Narushima berkata dia memilih nama berkenaan kerana ingin menunjukkan yang Koma sentiasa berada ditempat paling tinggi dalam keluarganya.

Keluarga Narushima bercadang untuk mengabadikan kenangan perkembangan Koma yang sedang membesar dengan cara yang paling unik. Apabila mereka ternampak sebuah patung Ultraman (yang pada ketika itu mempunyai saiz yang sama dengan Koma), mereka merasakan patung Ultraman tersebut amat sesuai untuk dijadikan teman Koma & bergambar bersama-samanya.

Mereka kemudiannya meletakkan patung Ultraman tersebut disebelah Koma dan kelihatan seakan-akan Ultraman sedang menjaga & menjadi BFF kepada Koma.

Sehingga kini, Koma telah berusia 1 tahun lebih dan telah melebihi saiz Ultraman yang menjaganya. Unik tak idea mereka ini?

TRENDING
VIRAL | UMUM | SEMASA
HIBURAN
SUKAN
TEKNOLOGI
bottom of page