25 Tahun Pemergian Sudirman Haji Arshad
Tanggal 22 February 1992 merupakan hari suram buat industri hiburan tanah air. Perginya seorang ikon penghibur No. 1 Asia iaitu Dato' Sudirman Haji Arshad. Hari ini merupakan tahun ke 25 Allahyarham meninggalkan kita semua. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun akibat penyakit misteri yang masih menjadi perdebatan umum sehingga kini.
Sedikit latarbelakang mengenai Sudirman Haji Arshad. Beliau merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia dan pernah telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di Royal Albert Hall, London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.
Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
Antara lagu-lagu popular beliau adalah, Salam Terakhir, Orang Kampung, Chow Kit Road, Merisik Kabar, Pelangi Petang dan banyak lagi. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Dalam Kenangan Sudirman Haji Arshad
(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)